Saturday, February 20, 2010

Soalan Untuk Forum Hari Selasa Ni

Saturday, February 20, 2010
1. Dari segi konsep yang diutarakan, dapatlah dilihat secara kasar bahawa Konsep Pendidikan Sepanjang Hayat ini barangkali mudah diamalkan. Apakah ciri-ciri yang diperlukan bagi mengamalkan atau menghayati prinsip Konsep Pendidikan Sepanjang Hayat ini?

2. Sebagai seorang pelajar, apakah sikap atau kriteria yang diperlukan bagi menghayati prinsip ini? Dan adakah pelajar lemah boleh mengamalkannya?

3. Bagaimana pula dengan ibu bapa, guru-guru serta pensyarah serta masyarakat umumnya? Apakah inisiatif yang diperlukan bagi menyokong perlaksanaan pendidikan sepanjang hayat memandangkan sikap sesetengah pihak yang lebih mengutamakan graduan yang berkualiti?

4. Umum kita ketahui bahawa kebanyakkan pelajar hari ini merasakan bahawa masa depan mereka gelap apabila mendapat keputusan yang tidak memuaskan. Jadi, bagaimanakah konsep Pendidikan Sepanjang Hayat ini dapat diamalkan oleh mereka?

5. Adakah perlaksanaan ini mampu mengubah atau meningkatkan golongan professional di negara Malaysia?

6. Adat kehidupan, setiap apa yang dilakukan pasti ada kekangan mahupun halangan. Secara kasar, apakah kekangan atau halangan dalam memastikan perlaksanaan konsep pendidikan sepanjang hayat ini mencapai matlamatnya?

7. Jadi, adakah Falsafah Kebangsaan Kebangsaan dapat diaplikasikan dalam konsep perlaksanaan Pendidikan Sepanjang Hayat?

0 comments:

Post a Comment

 
Alphamania! ◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates