KITA SEBENARNYA...
Kita sebenarnya...
Lebih suka menyambut 1 Januari
Daripada 1 Muharam
Kita sebenarnya...
Lebih suka menyanyi
Daripada berzikir, bertahmid
Kita sebenarnya...
Lebih tahu apa itu 14 Februari
Daripada 12 Rabiul Awal
Kita sebenarnya...
Lebih suka membaca majalah hiburan
Daripada membaca buku-buku agama
Kita sebenarnya...
Lebih suka pergi ke konsert artis-artis
Daripada pergi ke ceramah-ceramah agama
Kita sebenarnya...
Lebih mengenali artis-artis kesayangan kita
Daripada nama-nama nabi kita
Kita sebenarnya...
Lebih suka mengata, mengumpat dan mengutuk
Daripada memuji mereka
Kita sebenarnya...
Lebih suka meminta
Daripada memberi
Dan apabila di tanya arah tuju kita selepas mati,
Kita pasti akan menjawab ke syurga milik Allah...
FIKIRKANLAH


3 comments:
Kita sebenarnya..
Lebih suka menyendiri
Apabila kawan menghadapi masalah
Kita sebenarnya..
Lebih suka minta tolong
Daripada memberi tolong
kita sebenarnya..
lebih suka putus kawan
Daripada memcari kawan
Post a Comment