1. Ini hanya luahan. Aku tahu, blog ni dah lama tak dibuka, dan takkan dibuka. Blog ni makin lama, makin bersarang. Sudah teranglah, blog ini tiada guna. Mungkin bila cukup masa, aku padam blog ni. Tapi, sebelum tu, biarlah jiwa ini berbicara sendiri sebentar. Hanya cakap seorang diri. Tiada yang dengar, membacanya jauh sekali. Blog aku, tiada pula orang yang tahu kewujudannya. Nak luahankan isi hati pun, ini sahaja tempatnya. Sengaja luahkan di sini sebab blog ni dah bersarang. Jadi, tiada fungsi lagilah.
2. Tak tahu kenapa, tahun ni ialah tahun paling stres bagi aku. Disiplin, masa, ketenangan, perasaan, hati, budi, semuanya disentap. Semuanya tekanan itu terus aku pendam. Sehinggakan timbunan itu tertutup rapi dengan sebaris senyuman. Orang yang kenal pun, tak tahu bezakan senyuman dengan kesedihan lelaki ini. Jadi, adakalanya, bila rasa ini tidak lagi stabil, mahu sahaja lelaki ini jauhkan diri dari korang.
3. Tiada makna untuk aku libatkan korang dalam tekanan aku. Masalah aku, biarlah ia jadi masalah aku sendiri. Biarlah rasa seorang ini, menjadi seorang diri. Sukar hati ini memohon ampun. Telah dikunci semua rasa. Hanya mampu diluahkan dengan jari sahaja. Tapi, siapa yang peduli?
4. Ini mungkin post yang terakhir untuk blog ini. Sekiranya tiada respons, atau tiada post yang muncul sehingga 21 Jun 2010, maka, tiada makna lagi blog ini wujud dalam dunia korang. Biarlah ia terus terkubur. Sudah tiba masanya blog ini memilih haluannya sendiri sebagai blog yang tercicir. Jika blog ini ada perasaan, sudah tentu perasaan itu lebur bersamanya sendirian.

1 comments:
Hohoho takpe pasni aq akan rajin2 bukak!!!
Post a Comment